Harta Sepencarian – Siri 5: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah

Picture of Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Perunding berdaftar dalam bidang perancangan harta Islam seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Setelah kita memahami melalui 4 siri sebelum ini berkaitan dengan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah, kini kita telah memasuki siri yang terakhir berkaitan prosedur tuntutan harta sepencarian di Mahkamah. Harta Sepencarian hanya boleh dituntut di Mahkamah Tinggi Syariah sahaja dan setiap negeri ada sebuah Mahkamah Tinggi Syariah.

Isi Kandungan

harta sepencarian

Senarai Mahkamah Tinggi Syariah

  • Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam
  • Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Taman Sri Hartamas
  • Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan, Jalan Tun Mustapha, Labuan
  • Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Presint 3
  • Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perlis, Kangar
  • Mahkamah Tinggi Syariah Kedah, Bandar Muadzam Shah
  • Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Georgetown
  • Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Ipoh
  • Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan, Kota Bharu
  • Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kuala Terengganu
  • Mahkamah Tinggi Syariah Pahang Darul Makmur, Kuantan
  • Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Bandar Sri Sendayan
  • Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Hang Tuah Jaya, Melaka
  • Mahkamah Tinggi Syariah Johor Darul Takzim, Johor Bahru
  • Mahkamah Tinggi Syariah Pantai Barat Selatan, Kota Kinabalu, Sabah
  • Mahkamah Tinggi Syariah Kuching, Sarawak

Perkara Yang Diperlukan Semasa Membuat Tuntutan Harta Sepencarian:

  • Jenis harta, sama ada harta alih atau tak alih
  • setakat mana banyaknya sumbangan dalam pemilikan harta tersebut
  • dokumen-dokumen pembelian atau pemilikan harta / aset seperti tanah, rumah, kereta atau syer saham
  • saksi-saksi yang boleh menerangkan bagaimana pemilikan harta / aset itu, sama ada berpunca daripada usaha bersama atau usaha tunggal satu pihak
  • bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak seperti hutang-piutang atau anak-anak dalam jagaan.

Setiap Permohonan Oleh Pemohon Perlulah Mengemukakan Dokumen Atau Butir-butir Berikut:

A. Butir-butir perkahwinan

Surat nikah asal / surat cerai asal
Sijil kelahiran anak-anak


B. Butir-butir Pihak Kena Tuntut

Nama / Alamat / Pekerjaan Suami / Isteri
Nama / Alamat Majikan Suami / Isteri
Butir-butir tentang harta
Dokumen sokongan lain yang berkaitan, jika ada


C. Nilai taksiran harta tersebut oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta 

D. Sijil Kematian 

E. Surat Mentadbir Harta Pusaka / Probet / Pemberian

Senarai semak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran Tuntutan Harta Sepencarian dan Cara-Cara Mengisi Borang Tuntutan Harta Sepencarian adalah seperti gambar di bawah.

Imej 1
Imej 2
Imej 3
Imej 4
Imej 5
Imej 6

Kongsi:

Facebook
WhatsApp
X
Threads
Telegram
LinkedIn
Print

Baca Lagi:

Hantar Soalan Anda Disini

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

C-09-02, Plaza Paragon Point, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Emel:

instaqlim.mawarith@gmail.com

No. Tel:

+60122852711

Instaqlim Mawarith Sdn Bhd (1267795H)

Ikuti kami di:

Hak Cipta Terpelihara 2025 © Instaqlim Mawarith Sdn Bhd