Rancang Pewarisan Harta Anda Hari Ini Agar Hak Waris Anda Lebih Terjamin
Masalah pusaka di Malaysia kian meningkat. Harta beku mencecah RM70 billion (2020), waris makan harta secara haram, perpecahan ahli keluarga disebabkan pusaka. Oleh itu, sama-sama kita merancang harta dan juga mencari solusi masalah pusaka yang ada. Bertindak sekarang!
PERKHIDMATAN DITAWARKAN
Khidmat Nasihat
Memberikan khidmat nasihat tentang pewarisan yang patuh syariah dan selari dengan undang-undang.
Kami adalah perunding profesional yang memberikan khidmat nasihat tepat untuk membantu pelanggan merealisasikan hasrat pewarisan harta mereka mereka.
Hibah Harta
Penyediaan dokumen hibah harta serendah RM2,100.
Hibah membolehkan pemilik harta memberikan aset mereka kepada sesiapa yang mereka pilih.
Harta yang telah dihibahkan tidak akan dibahagikan mengikut hukum faraid.
Wasiat
Penyediaan dokumen wasiat bermula daripada RM400.
Wasiat pembahagian harta: Pemilik harta boleh memberikan hingga 1/3 daripada harta pusaka kepada individu yang bukan waris.
Wasiat pelantikan wasi: Pemilik harta melantik seseorang sebagai pentadbir untuk menguruskan harta pusaka selepas kematian.
Khairat Pusaka
Pakej pengurusan pusaka dengan caruman bermula daripada RM 65/sebulan.
Ramai yang tidak sedar bahawa harta pusaka akan dibekukan selepas seseorang meninggal dunia dan proses untuk mewarisinya boleh mengambil masa yang lama.
Dengan adanya tabung khairat pusaka, harta anda dapat diuruskan dengan lebih mudah, kos yang sangat rendah, dan PERCUMA untuk waris.
Pengurusan Pusaka
Perkhidmatan pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil.
Menguruskan harta pusaka bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan pengetahuan dan kepakaran untuk memastikan prosesnya berjalan mengikut undang-undang dan hukum syarak.
Peluang Perniagaan
Memberikan peluang kepada anda menjana pendapatan sambil menambah saham akhirat.
Kerjaya sebagai pendakwah dalam bidang pewarisan memberi anda peluang untuk membantu masyarakat merancang harta mereka dengan baik, supaya dapat diwarisi tanpa masalah dan mengelakkan harta beku daripada terus bertambah.