Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian

Picture of Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Perunding berdaftar dalam bidang perancangan harta Islam seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Pada siri yang lalu, kita telah membincangkan tentang Sumbangan Secara Langsung dan Sumbangan Secara Tidak Langsung dalam menentukan Harta Sepencarian. Kini kita akan ke topik yang seterusnya berkaitan dengan Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah oleh Suami atau Isteri atau Ahli Waris.

Isi Kandungan

harta sepencarian

Pendahuluan

Kita kembali ke Siri Ke-3 Harta Sepencarian.

Pada siri yang lalu, kita telah membincangkan tentang Sumbangan Secara Langsung dan Sumbangan Secara Tidak Langsung dalam menentukan Harta Sepencarian.

Kini kita akan ke topik yang seterusnya berkaitan dengan Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian.

Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah oleh Suami atau Isteri atau Ahli Waris.

Tuntutan Harta Pusaka

Tuntutan ini boleh dibuat dalam 3 keadaan iaitu:

1. semasa tuntutan poligami;

2. selepas pencarian, atau

3. selepas kematian pihak suami atau isteri (oleh ahli waris)

Tuntutan harta sepencarian hanya boleh dituntut di Mahkamah Tinggi Syariah tanpa mengira nilaian harta sepencarian yang dituntut. Secara umumnya, tuntutan harta sepencarian hendaklah difailkan di mahkamah tempat Plaintif bermastautin atau di mahkamah yang telah membenarkan lafaz talak atau perintah perceraian dibuat.

Tuntutan harta sepencarian hendaklah difailkan melalui saman berserta dengan penyata tuntutan. Persoalannya, bagaimana jika semasa hendak memfailkan tuntutan, kita tidak mempunyai dokumen harta / aset, tetapi kita tahu dokumen tersebut berada dalam simpanan pihak yang satu lagi? Ini boleh diatasi dengan membuat permohonan interlokutori memohon penzahiran dokumen harta / aset berkenaan.

Persoalan yang selalu bermain di fikiran adalah, bagaimana untuk menghalang pihak yang satu lagi daripada melupuskan harta sepencarian yang sedang kita tuntut? Ini boleh dibuat dengan memohon perintah tegahan / injuksi, di mana mahkamah akan mengeluarkan suatu perintah tegahan, menahan suami atau isteri daripada melupuskan apa-apa harta yang diperolehi secara bersama semasa perkahwinan atas penghakiman pihak Mahkamah.

Pembuktian Harta Sepencarian

Semasa tuntutan harta sepencarian, perkara-perkara berikut perlu dibuktikan semasa perbicaraan di mahkamah:

1. Wujud perkahwinan yang sah di antara kedua mereka dan telah berlaku kematian yang disahkan oleh Mahkamah atau berlaku kematian.

2. Harta yang dituntut adalah harta sepencarian yang diperolehi semasa perkahwinan. Tempoh perkahwinan akan mempengaruhi sumbangan langsung dan tidak langsung.

3. Jika harta diperolehi sebelum perkahwinan, harta tersebut hendaklah dibuktikan telah dimajukan oleh pihak yang satu lagi atau dimajukan bersama dalam tempoh perkahwinan.

4. Sumbangan langsung dalam pemerolehan harta (rujuk Posting Siri 2)

5. Apa-apa hutang yang dibuat oleh salah satu pihak bagi manfaat bersama

6. Sumbangan tidak langsung dalam pemerolehan harta (rujuk Posting Siri 2)

7. Kewujudan anak-anak yang di bawah umur yang di dalam pemeliharaan

Penutup

Selalunya di dalam tuntutan harta sepencarian, pihak suami isteri mengakui bahawa harta itu adalah harta sepencarian. Cuma yang dipertikaikan dan dituntut adalah bahagian masing-masing samada banyak atau sedikit berpandukan kepada sumbangan langsung dan tidak langsung. Panduan pembahagian hak bagi Harta Sepencarian akan dikupas dalam posting yang akan datang.

Kongsi:

Facebook
WhatsApp
X
Threads
Telegram
LinkedIn
Print

Baca Lagi:

Hantar Soalan Anda Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

C-09-02, Plaza Paragon Point, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Emel:

instaqlim.mawarith@gmail.com

No. Tel:

+60122852711

Instaqlim Mawarith Sdn Bhd (1267795H)

Ikuti kami di:

Hak Cipta Terpelihara 2025 © Instaqlim Mawarith Sdn Bhd