Harta Sepencarian – Siri 2: Apakah Perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian?

Picture of Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Perunding berdaftar dalam bidang perancangan harta Islam seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Setelah kita faham dan jelas tentang maksud “Harta Sepencarian” menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kita meneruskan perbincangan kepada perkara-perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian.

Isi Kandungan

harta sepencarian

Pendahuluan

Kita kembali ke Siri Ke-2 Harta Sepencarian.

Setelah kita faham dan jelas tentang maksud “Harta Sepencarian” menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kita meneruskan perbincangan kepada perkara-perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian. Jika anda masih belum jelas tentang apakah itu Harta Sepencarian, anda boleh klik DISINI.

2 Perkara yang dinilai dalam Menentukan Harta Sepencarian

  • Sumbangan Secara Langsung

Sumbangan secara langsung adalah sumbangan yang dibuat oleh kedua-dua pihak dalam bentuk modal dan wang bagi membeli sesuatu aset atau harta berkenaan.

Antara contoh-contoh sumbangan secara langsung adalah:

a. mengeluarkan wang membayar deposit dan ansuran bulanan

b. menggunakan nama dalam aset

c. menggunakan pengaruh diri dalam mendapatkan aset

d. menggunakan nama bapa / keluarga yang mempunyai pengaruh tertentu

e. membuat pinjaman dengan syarikat tempat pasangan bekerja

f. mengisi borang permohonan, menyerahkan kepada pemaju, membuat tindakan-tindakan susulan

g. berusaha mendapatkan peguam cara bagi menguruskan pemilikan aset

h. menggunakan dua nama dalam membuat pinjaman

i. menjadi penjamin kepada peminjam

  • Sumbangan Secara Tidak Langsung

Sumbangan secara tidak langsung adalah sumbangan yang bukan dalam bentuk wang atau benda, tetapi membolehkan untuk mendapatkan sesuatu aset atau harta. Sumbangan ini boleh dilihat seperti memberi idea, dorongan, nasihat, memberi semangat, menjaga keselesaan, menimbulkan ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan yang berusaha secara langsung dan berjaya mendapatkan harta atau aset tersebut.

Antara contoh-contoh sumbangan tidak langsung adalah:

a. menjadi isteri yang taat dan bertanggungjawab serta sentiasa menjaga kehormatan suami

b. memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga untuk memberi keselesaan kepada suami dalam memperoleh aset

c. menemani suami semasa suami berurusan untuk memperoleh harta tersebut

d. menjaga dan memelihara anak-anak yang masih di bawah umur dengan baik

e. menjaga makan minum suami dan pakaian suami dengan baik dan teratur

f. menjaga suami yang terlantar sakit dengan sabar

g. bekerja dan menggunakan duit gaji membantu meringankan beban suami dalam rumahtangga

Penutup

Kita akan mengupas lagi berkenaan topik Harta Sepencarian dalam posting yang akan datang.

Kongsi:

Facebook
WhatsApp
X
Threads
Telegram
LinkedIn
Print

Baca Lagi:

Hantar Soalan Anda Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

C-09-02, Plaza Paragon Point, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Emel:

instaqlim.mawarith@gmail.com

No. Tel:

+60122852711

Instaqlim Mawarith Sdn Bhd (1267795H)

Ikuti kami di:

Hak Cipta Terpelihara 2025 © Instaqlim Mawarith Sdn Bhd