Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman: Boleh atau Tidak?
Aisyah Mohamed
Perunding berdaftar dalam bidang perancangan harta Islam seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.
Ramai orang tertanya-tanya:
“Bolehkah hibah rumah masih dalam pinjaman bank kepada waris?”
Jawapannya boleh, tetapi ia memerlukan perancangan yang betul dan dokumen yang lengkap.
Isi Kandungan
Kenapa Ramai Mahu Hibahkan Rumah?
Harta paling berharga bagi ramai orang ialah rumah.
Bila berlaku kematian, rumah yang tidak dirancang akan melalui proses faraid — dan ini mungkin menyebabkan waris bertelagah atau rumah terpaksa dijual.
Oleh itu, ramai pemilik rumah yang mahu hibahkan rumah mereka semasa hidup kepada pasangan atau anak-anak.
Disini kerap muncul persoalan adalah dibenarkan untuk hibah rumah masih dalam pinjaman bank?
Bolehkah Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Dilaksana?
Ya, boleh. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:
- Nama pemilik rumah masih di bawah bank – jadi hibah tidak boleh dilakukan seperti rumah yang telah selesai bayar.
- Perlu struktur dokumen yang betul supaya hibah itu sah di sisi undang-undang Syariah dan sivil.
- Wajib melalui kaedah Hibah Bersyarat, di mana pemilik kekal membayar pinjaman seperti biasa tetapi telah tetapkan siapa penerima harta itu selepas kematiannya.
Apa Itu Hibah Bersyarat?
Hibah bersyarat ialah satu bentuk pemberian harta semasa hidup yang disertakan dengan syarat tertentu — biasanya, harta hanya berpindah milik selepas kematian pemberi hibah.
Dalam kes rumah yang masih dalam pinjaman, ini bermakna:
- Pemilik rumah masih membayar pinjaman seperti biasa dan kekal sebagai pemilik semasa hidup.
- Penerima hibah telah dinamakan secara jelas dalam dokumen hibah sebagai penerima selepas berlaku kematian.
- Rumah tersebut tidak perlu dipindah milik serta-merta, maka tidak bercanggah dengan hak bank sebagai pemegang gadaian.
- Proses ini melindungi hak waris dan mengelakkan pertikaian.
Kaedah ini sesuai digunakan agar pemilik rumah dapat merancang pewarisan harta mereka tanpa menunggu rumah habis dibayar.
Apa Yang Perlu Disediakan?
Untuk memastikan hibah rumah masih dalam pinjaman ini sah dan boleh dikuatkuasakan, pemilik perlu:
- Menyediakan dokumen hibah secara bertulis dan dimeterai.
- Melibatkan pihak perancang harta yang berpengalaman untuk struktur dokumen agar selari dengan kehendak perbankan Islam dan undang-undang Syariah.
- Sertakan butiran lengkap pinjaman rumah dalam dokumen agar waris tidak berdepan isu teknikal di kemudian hari.
Kenapa Penting Buat Hibah Dengan Cara Betul?
Jika hibah dibuat tanpa dokumen yang sah, ia boleh ditolak oleh waris lain atau dianggap batal.
Lebih membimbangkan, rumah yang masih dalam pinjaman mungkin tidak boleh dipindah milik terus kepada penerima hibah jika dokumen tidak lengkap.
Perlukah Tunggu Selesai Bayar Baru Boleh Hibah?
Tak perlu tunggu. Malah, lebih baik dirancang semasa sihat dan semasa pinjaman masih aktif, supaya:
- Waris tahu siapa penerima yang sah
- Tiada isu perebutan bila pemilik meninggal dunia
- Proses pusaka lebih mudah
Mahu Dapatkan Semakan Kelayakan dan Kos?
Perkhidmatan hibah rumah kami disusun lengkap dan sah, termasuk untuk rumah yang masih dalam pinjaman.
Kos penyediaan dokumen hibah rumah masih dalam pinjaman adalah serendah RM2,600 dan boleh dibayar secara ansuran bulanan.
Berminat nak tahu lebih lanjut?
Klik DISINI untuk semakan percuma atau hubungi kami untuk sesi konsultasi.
Kongsi:
Baca Lagi:
Harta Sepencarian – Siri 1: Apakah Harta Sepencarian?
Harta Sepencarian – Siri 1: Apakah Harta Sepencarian? Masyarakat Islam di Malaysia khususnya belum benar-benar memahami konsep harta sepencarian ini. Menyedari hakikat ini, saya ingin
Harta Sepencarian – Siri 2: Apakah Perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian?
Harta Sepencarian – Siri 2: Apakah Perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian? Setelah kita faham dan jelas tentang maksud “Harta Sepencarian” menurut Enakmen
Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian
Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian Pada siri yang lalu, kita telah membincangkan tentang Sumbangan Secara Langsung dan Sumbangan Secara Tidak Langsung
Harta Sepencarian – Siri 4: Kadar Pembahagian Harta Sepencarian
Harta Sepencarian – Siri 4: Kadar Pembahagian Harta Sepencarian Perkara yang menjadi pertikaian utama dalam tuntutan harta sepencarian adalah kadar bahagian masing-masing samada banyak atau