Harta Sepencarian – Siri 5: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah
Noor Hafiz Hj Kamaruddin
Perunding berdaftar dalam bidang perancangan harta Islam seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.
Setelah kita memahami melalui 4 siri sebelum ini berkaitan dengan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah, kini kita telah memasuki siri yang terakhir berkaitan prosedur tuntutan harta sepencarian di Mahkamah. Harta Sepencarian hanya boleh dituntut di Mahkamah Tinggi Syariah sahaja dan setiap negeri ada sebuah Mahkamah Tinggi Syariah.
Isi Kandungan
Senarai Mahkamah Tinggi Syariah
- Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam
- Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Taman Sri Hartamas
- Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan, Jalan Tun Mustapha, Labuan
- Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Presint 3
- Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perlis, Kangar
- Mahkamah Tinggi Syariah Kedah, Bandar Muadzam Shah
- Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Georgetown
- Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Ipoh
- Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan, Kota Bharu
- Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kuala Terengganu
- Mahkamah Tinggi Syariah Pahang Darul Makmur, Kuantan
- Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Bandar Sri Sendayan
- Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Hang Tuah Jaya, Melaka
- Mahkamah Tinggi Syariah Johor Darul Takzim, Johor Bahru
- Mahkamah Tinggi Syariah Pantai Barat Selatan, Kota Kinabalu, Sabah
- Mahkamah Tinggi Syariah Kuching, Sarawak
Perkara Yang Diperlukan Semasa Membuat Tuntutan Harta Sepencarian:
- Jenis harta, sama ada harta alih atau tak alih
- setakat mana banyaknya sumbangan dalam pemilikan harta tersebut
- dokumen-dokumen pembelian atau pemilikan harta / aset seperti tanah, rumah, kereta atau syer saham
- saksi-saksi yang boleh menerangkan bagaimana pemilikan harta / aset itu, sama ada berpunca daripada usaha bersama atau usaha tunggal satu pihak
- bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak seperti hutang-piutang atau anak-anak dalam jagaan.
Setiap Permohonan Oleh Pemohon Perlulah Mengemukakan Dokumen Atau Butir-butir Berikut:
A. Butir-butir perkahwinan
Surat nikah asal / surat cerai asal
Sijil kelahiran anak-anak
B. Butir-butir Pihak Kena Tuntut
Nama / Alamat / Pekerjaan Suami / Isteri
Nama / Alamat Majikan Suami / Isteri
Butir-butir tentang harta
Dokumen sokongan lain yang berkaitan, jika ada
C. Nilai taksiran harta tersebut oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
D. Sijil Kematian
E. Surat Mentadbir Harta Pusaka / Probet / Pemberian
Senarai semak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran Tuntutan Harta Sepencarian dan Cara-Cara Mengisi Borang Tuntutan Harta Sepencarian adalah seperti gambar di bawah.
Kongsi:
Baca Lagi:
Harta Sepencarian – Siri 1: Apakah Harta Sepencarian?
Harta Sepencarian – Siri 1: Apakah Harta Sepencarian? Masyarakat Islam di Malaysia khususnya belum benar-benar memahami konsep harta sepencarian ini. Menyedari hakikat ini, saya ingin
Harta Sepencarian – Siri 2: Apakah Perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian?
Harta Sepencarian – Siri 2: Apakah Perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian? Setelah kita faham dan jelas tentang maksud “Harta Sepencarian” menurut Enakmen
Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian
Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian Pada siri yang lalu, kita telah membincangkan tentang Sumbangan Secara Langsung dan Sumbangan Secara Tidak Langsung
Harta Sepencarian – Siri 4: Kadar Pembahagian Harta Sepencarian
Harta Sepencarian – Siri 4: Kadar Pembahagian Harta Sepencarian Perkara yang menjadi pertikaian utama dalam tuntutan harta sepencarian adalah kadar bahagian masing-masing samada banyak atau
One Response