Harta Sepencarian – Siri 4: Kadar Pembahagian Harta Sepencarian

Picture of Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Perunding berdaftar dalam bidang perancangan harta Islam seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Perkara yang menjadi pertikaian utama dalam tuntutan harta sepencarian adalah kadar bahagian masing-masing samada banyak atau sedikit.

Kadar pembahagian adalah berdasarkan kepada takat sumbangan yang telah diberikan oleh satu-satu pihak itu, dan ia juga akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan kepada beberapa faktor.

Isi Kandungan

harta sepencarian

Faktor Menentukan Pembahagian Harta Sepencarian

Perkara yang menjadi pertikaian utama dalam tuntutan harta sepencarian adalah kadar bahagian masing-masing samada banyak atau sedikit.

Kadar pembahagian adalah berdasarkan kepada takat sumbangan yang telah diberikan oleh satu-satu pihak itu, dan ia juga akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:

a. takat sumbangan yang telah dibuat oleh pihak-pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja dalam memperolehi harta tersebut;

b. apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat kebaikan mereka bersama (usaha bersama sahaja);

c. keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan itu.

Contoh Panduan Pembahagian Harta Sepencarian

  • Situasi 1:

    Jika isteri tidak bekerja, yang taat dan memelihara rumahtangga dengan baik, menjaga makan minum suami dan anak-anak, tetapi tidak pergi menemani suami dalam urusan mencari rezeki, bolehlah diberikan hak harta sepencarian sebanyak 25% atau 1/4.

     

    Situasi 2 :

    Jika isteri seperti contoh keadaan 1 tetapi sentiasa menemani suami ke mana sahaja dalam usaha suami memperolehi harta dan sentiasa memberi dorongan dan semangat, bolehlah diberi hak harta sepencarian sebanyak 33.33% atau 1/3.

     

    Situasi 3:

    Jika isteri tidak bekerja tetapi banyak memberikan sumbangan langsung seperti menggunakan pengaruh bapanya yang ternama atau mengisi borang permohonan, menyerahkan kepada pemaju, membuat tindakan-tindakan susulan dan berusaha mendapatkan peguamcara bagi suami memperolehi harta sepencarian tersebut, maka sumbangannya yang tidak langsung sebagai isteri yang taat dan sentiasa menjaga keluarga dicampur dengan sumbangan langsung tersebut, bolehlah diberikan hak harta sepencarian sebanyak 40% ke 45%.

     

    Situasi 4:

    Jika isteri bekerja dan banyak memberi sumbangan langsung seperti membayar separuh dari ansuran bulanan, juga membayar deposit, dan namanya juga termasuk dalam perjanjian jual beli bagi memperolehi harta sepencarian tersebut, maka sumbangannya yang tidak langsung sebagai isteri yang taat dan sentiasa menjaga keluarga dicampur dengan sumbangan langsung tersebut, maka bolehlah diberikan hak harta sepencarian sebanyak 50% atau pun lebih jika didapati sumbangan langsungnya banyak berbanding dengan suaminya.

Kongsi:

Facebook
WhatsApp
X
Threads
Telegram
LinkedIn
Print

Baca Lagi:

Hantar Soalan Anda Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

C-09-02, Plaza Paragon Point, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Emel:

instaqlim.mawarith@gmail.com

No. Tel:

+60122852711

Instaqlim Mawarith Sdn Bhd (1267795H)

Ikuti kami di:

Hak Cipta Terpelihara 2025 © Instaqlim Mawarith Sdn Bhd