Harta Sepencarian – Siri 2: Apakah Perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian?
Noor Hafiz Hj Kamaruddin
Perunding berdaftar dalam bidang perancangan harta Islam seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.
Setelah kita faham dan jelas tentang maksud “Harta Sepencarian” menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kita meneruskan perbincangan kepada perkara-perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian.
Isi Kandungan
Pendahuluan
Kita kembali ke Siri Ke-2 Harta Sepencarian.
Setelah kita faham dan jelas tentang maksud “Harta Sepencarian” menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kita meneruskan perbincangan kepada perkara-perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian. Jika anda masih belum jelas tentang apakah itu Harta Sepencarian, anda boleh klik DISINI.
2 Perkara yang dinilai dalam Menentukan Harta Sepencarian
- Sumbangan Secara Langsung
Sumbangan secara langsung adalah sumbangan yang dibuat oleh kedua-dua pihak dalam bentuk modal dan wang bagi membeli sesuatu aset atau harta berkenaan.
Antara contoh-contoh sumbangan secara langsung adalah:
a. mengeluarkan wang membayar deposit dan ansuran bulanan
b. menggunakan nama dalam aset
c. menggunakan pengaruh diri dalam mendapatkan aset
d. menggunakan nama bapa / keluarga yang mempunyai pengaruh tertentu
e. membuat pinjaman dengan syarikat tempat pasangan bekerja
f. mengisi borang permohonan, menyerahkan kepada pemaju, membuat tindakan-tindakan susulan
g. berusaha mendapatkan peguam cara bagi menguruskan pemilikan aset
h. menggunakan dua nama dalam membuat pinjaman
i. menjadi penjamin kepada peminjam
- Sumbangan Secara Tidak Langsung
Sumbangan secara tidak langsung adalah sumbangan yang bukan dalam bentuk wang atau benda, tetapi membolehkan untuk mendapatkan sesuatu aset atau harta. Sumbangan ini boleh dilihat seperti memberi idea, dorongan, nasihat, memberi semangat, menjaga keselesaan, menimbulkan ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan yang berusaha secara langsung dan berjaya mendapatkan harta atau aset tersebut.
Antara contoh-contoh sumbangan tidak langsung adalah:
a. menjadi isteri yang taat dan bertanggungjawab serta sentiasa menjaga kehormatan suami
b. memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga untuk memberi keselesaan kepada suami dalam memperoleh aset
c. menemani suami semasa suami berurusan untuk memperoleh harta tersebut
d. menjaga dan memelihara anak-anak yang masih di bawah umur dengan baik
e. menjaga makan minum suami dan pakaian suami dengan baik dan teratur
f. menjaga suami yang terlantar sakit dengan sabar
g. bekerja dan menggunakan duit gaji membantu meringankan beban suami dalam rumahtangga
Penutup
Kita akan mengupas lagi berkenaan topik Harta Sepencarian dalam posting yang akan datang.
Kongsi:
Baca Lagi:
Harta Sepencarian – Siri 1: Apakah Harta Sepencarian?
Harta Sepencarian – Siri 1: Apakah Harta Sepencarian? Masyarakat Islam di Malaysia khususnya belum benar-benar memahami konsep harta sepencarian ini. Menyedari hakikat ini, saya ingin
Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian
Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian Pada siri yang lalu, kita telah membincangkan tentang Sumbangan Secara Langsung dan Sumbangan Secara Tidak Langsung
Harta Sepencarian – Siri 4: Kadar Pembahagian Harta Sepencarian
Harta Sepencarian – Siri 4: Kadar Pembahagian Harta Sepencarian Perkara yang menjadi pertikaian utama dalam tuntutan harta sepencarian adalah kadar bahagian masing-masing samada banyak atau
Harta Sepencarian – Siri 5: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah
Harta Sepencarian – Siri 5: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah Setelah kita memahami melalui 4 siri sebelum ini berkaitan dengan tuntutan harta sepencarian di